Thursday, February 7, 2013

Assalamualaikum

Assalamualaikum. 
Korang sihat tak harini ? Kalau tak sihat pergi makan panadol cap tamin haha. TIBATIBA

So esok dah balik dah. OH YEAHHHHHHHH !! Seronok gila. Tak sabar nak jumpa kawan, family, especially mama dengan abah, rindu tahap habis. :')

Harini agak best jugaklah tapi sayang, tak nampak akak HL tadi haduiiii. :/
tapi takpe sebab test tadi ALHAMDULILLAH boleh jawab. Yang tak tahan tu Quiz MGT 153(Introduction to Business) agak senang sebab jawapan bawah dah ada siap2, haha. Sayang Madam ! :)

Btw petang tadi keluar dengan si Nazliyana, Alia, Yon, Azyan, Dayah dengan Akak er... tak sempat nak tanya nama hehee pergi makan dekat Seri Anjung Rasa. Makanan dia sedap jugaklah. Aku Order Kuey Teow Kung Fu dengan Jus Apple harga dalam RM 6.60. Then buat haircut style faux Mohawk, kedai mamak je pon hehee. Lepak dekat CMart sampai pukul 9 yang aku tak tahan tu, macam takde function duduk situ. But still agak layan jugaklah sebab semua perangai gila gila kan hahahaha.

OKlah aku pun takde apa nak update dah, ni jelah kot. So, Assalamualaikum. :)

P/S : ESOK BALIK !!!! :D

Wednesday, February 6, 2013

Assalamualaikum.

Assalamualaikum wahai kawan kawan. 
Haha kelakarlah buat camni.

Tinggal dua hari je lagi nak balik, excited gila rasa macam setahun tak balik haha. Bila balik mulalah fikir nak keluar ke OU la, MidValley la, KLCC la, yang tak tahan nak ke AEON Rawang. HAHAHA macam dah tak ada tempat lain nak hangout dah. Btw boleh lepak dengan budak budak 5AK2(love you guys, seriously) sebab diorang kata nak buat BBQ dekat rumah Miss Ellena (cewwah kelas gituh). Tapi benda ni still dalam perbincangan sebab ramai yang dah nak balik dah especially budak Matrik. haduyyai baru nak hangout sekali. :(

Tapi sebelum nak balik tu, ada je halangannya. Baju tak kemas lagi. But yang tak tahan tu, esok ada TQT !!!! Apa tu ? haha. tu ialah short form bagi Test Quiz Test. Kenapa aku cakap macamtu pulak ? Mana tak, dahlah pagi Test Microeconomics, Tengahari Quiz Business, Petang ada Writing Test. Penat weh esok, but still aku akan cuba yang terbaik so INSHA ALLAH akan dapat DL lagi sem n i. AMIN YA RABBAL'ALAMIN.

Harini boleh tahan jugaklah best dia. Pagi tadi aku tak nampak muka si sotong tu, memang confirm confirm hidup aku dah bahagia dah haha. Tengahari masa nak makan dengan Yon, Wani dengan Raihan dekat Apple, nampak pulak akak HL tu haha. SERONOK SERONOK ^^.

OKlah, eco tak baca lagi haha. doakan aku esok guys. I'm still counting on this Shitzel. 

Assalamualaikum.
:)

P/S: Seriously, doakan aku guys :D

Tuesday, February 5, 2013

CNY

Assalamualaikum

Dah lama rasa tak update blog
rindu pulak, haha.

Pejam celik pejam celik dah hampir 2 sem aku dekat sini. Tak sedar macam macam perkara dah berlaku dekat sini. Ramai kawan baru aku dapat especially kawan from utara HABAQ HANG haha. Alhamdulillah sem 2 ni jugak aku rapat dengan budak DAIS (AC120). Bagi yang tak tahu Faculty of Accountancy ada dua course which is DIA (Diploma in Accountancy [AC110]) and DAIS (Diploma in Accounting Information System [AC 120]). Aku kebanyakannya rapat dengan budak lelaki. Perempuan aku tak berani sebab first of all segan, hehee. Second thing, er.. er.. itu sendiri fikir haha. Even though Perlis ni jauh dari rumah aku (Selangor), tapi aku bersyukur sebab dapat kawan yang baik baik, lecturer yang sporting, I think I like staying here, feels like home.Roomate aku sem ni pun baik je haha. :)

Tapi dalam suka duduk sini ada jugak homesick. RINDU MAMA !!! :'(
Sabarlah Faqih, jumaat ni dah balik dah haha.

For yang tak tahu aku akan ulang sekali lagi
I'M SINGLE
HAHA MAKAN KAU BESAR GEDABAK AKU TULIS.

But sure with one thing, aku ada minat seorang minah ni. Mari kita menggelarkannya akak HL. Haha senang sikit boleh undercover. Aku baru jumpa dia. Muka bolehlah tapi apakan daya, diriku tidak berani menegurnya heheee.

Walaubagaimanapun Allah telah menciptakan setiap manusia mempunyai pasangannya. Kita kena redha dan terima pasangan kita dengan seadanya.Jodoh tak ke mana betul ? :)

OKlah, itu sahaja untuk kali ni, kalau ada masa Insha Allah blog ni akan diupdate haha.
Assalamualaikum. :)

P/S: Wish me luck on the mid test. :D